STCS

Perkhidmatan Towing Insurans Percuma

Hai! Kepada semua pembaca nama saya ialah A, ini adalah penulisan perkongsian dari saya. Harap maklumat berikut dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam pemilihan insurans/takaful kereta.

“Murah tidak semestinya bagus, bayar lebih RM 10-30 untuk keuntungan RM 300 pada masa hadapan? Pada pendapat saya itu adalah perlaburan bijak!

Terdapat dua pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama tentang perkhidmatan towing dari pihak insurans.

Terlebih dahulu saya senaraikan di antara syarikat insurans/takaful menawaran perkhimatan towing percuma:

  • Etiqa Takaful – Percuma 200 KM
  • Liberty Insurance – Percuma 150 KM
  • Berjaya Sompo – Percuma RM 300
  • Kurnia – Percuma 50 KM

Dan banyak lagi, untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang RinggitPlus.com laman sesawang terbaik untuk anda merumuskan pilhan insurans/takaful kereta anda.

“Fungsi insurans/takaful adalah mengelakan kita dari mengalami kerugian dan bukan juga untuk menguntungkan kita dalam keadaan tertentu.”

Berbalik kepada pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama, pada tahun lepas bertarikh 24hb september 2018, brek kereta tidak berfungsi semasa dalam perjalan pulang dari Perlis ke Kuala lumpur, hal ini berlaku di sekitar lebuh raya Pulau Pinang. Pada masa itu saya mempunyai dua pilihan iaitu, towing kereta saya ke bengkel berdekatan atau terus Kuala Lumpur, oleh kerana untuk baiki brek kereta mengambil masa 1 hingga 2 hari, saya telah mengambil pilihan untuk terus tow kereta saya ke Kuala Lumpur. Pada masa itu insurans saya adalah dengan Berjaya Sompo, jadi saya diberi percuma towing sehingga RM 300 dan lebihannya saya bayar sendiri RM 750 jadi jumlah keseluruhan towing kereta saya adalah RM 1,050.

“Apa yang saya bayar, itu yang saya dapat, adil.”

Pada Pengalaman saya waktu itu, pihak insurans Berjaya Sompo banyak membantu dalam mendapatkan perkhidmatan towing yang berpatutan untuk saya, kerana kadar towing Pulau Pinang ke Kuala Lumpur adalah dalam anggaran RM 1,000 sehingga 1,300, terime kasih Berjaya Sompo.

“Perlukan sudah terang lagi bersuluh? Pada saya ikut kepada keadaan, perlu.”

Pengalaman kedua yang saya ingin kongsi bersama yang berlaku pada pertengahan tahu ini iaitu 24hb jun 2019, kalau anda perasan kesua-dua kejadian adalah tarikh yang sama, mungkin setiap 24hb tarikh malang saya dan hanya boleh berkurung dirumah? tahyul! (haha..) Apa yang berlaku pada tarikh berkenaan adalah, tayar kereta saya telah pancit dalam perjalan dari Perlis ke Sungai Petani di sekitar lebuh raya Alor Setar.

Pada kali ini insurans saya adalah insurans Kurnia, insurans Kurnia memberikan towing percuma 50 KM yang tertakluk kepada terma dan syarat* (25 KM dikira untuk syarikat towing datang ke break-down point dan lagi 25 KM dikira dari break-down point ke bengkel berhampiran)* pendek kata, merujuk kepada polisi saya pada masa itu, saya hanya layak menggunakan 25 KM daripada 50 KM seperti mana yang dinyatakan, lebihan 25 KM adalah untuk kegunaan syarikat towing untuk datang ke break-down point. Pihak insurans Kurnia turut memainkan peranan dalam membantu dan memastikan kenderaan saya sampai ke bengkel berhampiran dengan selamat, terima kasih Kurnia.

“Jangan berkira dengan diri kita sendiri untuk keuntungan masa hadapan, biar bayar insurans/takaful mahal RM 10-30 tapi dikala kesusahan kita tidak perlu bayar RM 10 ataupun RM 750 dalam kes saya ini. Pilihlah insurans/takaful kereta yang dapat memberi ketenangan fikiran kita dan bukan yang memberi tekanan fikiran dikala kesusahan.”

“Walau apapun, tepuk dada tanya selera. Apakah keperluan kita? Sesetengah orang hanya beli insurans/takaful kereta bagi membolehkan perbaharui cukai jalan, ada juga yang memilih insurans/takaful untuk persediaan masa hadapan yang menjadi tanda tanya kepada kita semua.”

Ikhlas – A.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *